Rabu, 01 Januari 2014


SYARIKAT rangkaian kedua terbesar di United Kingdom selepas Tesco, Asda Stores atau ASDA memohon maaf selepas iklan kostum Halloween “pesakit mental” di laman web mereka mendapat kecaman hebat daripada orang ramai.

Kecaman tersebut diterima berikutan ramai yang tidak berpuas hati dengan produk tersebut yang dikatakan menghina pesakit mental.

Gambaran ‘pesakit mental’ yang memakai kostum berdarah berharga RM103.47 sambil memegang parang itu dilihat seolah-olah menunjukkan bahawa golongan ini berbahaya dan menakutkan.

Bekas pemain bola sepak, Stan Collymore yang pernah melalui fasa tekanan mental berkata di Twitternya:
“ASDA, stereotaip yang ‘bagus’ mengenai pesakit mental. Tahukah anda berapa ramai yang menggantung diri kerana stigma sebegini?”

Sementara itu, Kate Dalton dari Kebajikan dan Kesihatan Mental Gofal pula menyifatkan iklan itu sebagai ‘memalukan’.

Pihak ASDA kemudiannya menurunkan iklan tersebut dan menyatakan bahawa mereka akan menderma kepada Pusat Kesihatan Mental Mind sebagai tanda permohonan maaf.

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!