Selasa, 11 Maret 2014

Bandung: Ketika Aep Supriatna melihat bayi yang baru dilahirkan isterinya 19 September lalu dia sangat terkejut kerana mendapati zuriatnya itu kembar siam.
Lebih mengejutkan Aep, 36, bayi pertama lahir dalam keadaan biasa tetapi kembarnya keluar dari mulut.

Menurut Aep, isterinya Yani, 33, bersalin di rumah mereka di Kampung Cikadu di daerah Cipeundeuy, Bandung Barat.
“Anak pertama kali normal tetapi yang ini nampaknya kembar siam,” katanya. Aep berkata, sebaik saja bayi itu dilahirkan dengan bantuan bidan, ia diarahkan segera dibawa ke hospital tetapi dia tidak mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Hanya selepas itu, kata Aep, dia dimaklumkan anak ketiganya itu kembar siam.

“Saya sangat terkejut,” katanya. Bayi pertama adalah lelaki dan diberi nama Ginan Septian Nugraha dan disahkan sihat.

“Bagaimanapun rongga mulutnya penuh kerana berisi tubuh bayi kedua,” katanya.
myMetro

Categories: , , , ,

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!