Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang menjadi tempat pendengaran inkuiri Suruhanjaya Dirajaya mengenai imigran Sabah dipindahkan hari ini berikutan satu ancaman bom.
Shim mengumumkan penangguhan berkenaan dan polis kemudiannya memasuki ruang mahkamah dan mengiringi semua individu ke luar kawasan mahkamah.
Polis memberi arahan melalui pembesar suara supaya orang ramai menjauhi kawasan tersebut sehingga selesai siasatan.
Satu unit pemusnah bom tiba 15 minit kemudian dan menutup satu bahagian di Jalan Pantai, yang setentang dengan bangunan mahkamah.
Polis turut membawa seekor anjing pengesan pada jam 3.20 petang untuk memeriksa kawasan mahkamah dan juga kenderaan di luar bangunan mahkamah.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, seorang ketua polis daerah Kota Kinabalu Jauteh Dikun berkata operator mahkamah menerima panggilan mengenai ancaman bom pada jam 2.30 petang.
Katanya, pemanggil itu mendakwa satu bom dibungkis beg pastik diletakkan di dalam satu tong sampah.
Susulan itu, pasukannya bertindak memindahkan orang ramai daripada bangunan mahkamah tersebut, katanya.
Pasukannya bagaimanapun tidak menjumpai apa-apa selepas pemeriksaan dilakukan, katanya dan menambah, panggilan berkenaan mungkin bertujuan untuk mengganggu prosiding RCI hari ini.
0 komentar:
Posting Komentar