Jumat, 27 Desember 2013



SEBELUM ini memang banyak kisah mengenai rumah tangga pelakon dan pengacara terkenal Erra Fazira diperkatakan oleh peminat serta pemerhati industri hiburan tempatan.

Namun begitu, Erra tidak pernah sekali pun mengeluarkan kenyataan berhubung spekulasi tersebut sehinggakan membuatkan ramai pihak tertanya mengenai status sebenar rumah tangganya.

Menerusi portal Murai, Erra menyatakan, “buat masa ini saya sibukkan diri dengan penggambaran drama untuk mengelakkan daripada terbeban dengan memikirkan perkara yang melibatkan peribadi saya yang menjadi bualan umum.

“Malah, bukan baru-baru ini sahaja kehidupan rumahtangga saya jadi bualan, tetapi sudah lama,” katanya.

Aktres popular ini juga percaya apabila sampai waktunya kelak, pasti semua persoalan itu akan diperjelaskan kemudiannya.

Hasil perkongsian hidup Erra dengan Engku Emran, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya yang kini berusia empat tahun.

Oleh: AUDREY LEE

0 komentar:

Posting Komentar

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!